Kehidupan anak muda di kotaraya Hari-hari ku mencari destinasi ini Seperti semua aku juga punya mimpi Usia, harta, rupa, latar keluarga Hitam putih kehidupan sendiri menentukan Namun terlalu banyak kehitaman dalam kehidupanku Aku...aku lakukan apa perlu Hari ganti hari masa terus berlalu Bukan ku pinta kehidupan tak bererti Situasi yang menjerat tak bisa ku lari lagi Sampai bila, sampai bila nasib ku begini Bila ku mati, siapa peduli? Inilah sehari dalam diari Anak metropolitan, di kotaraya ini Adakah hidupku satu gurauan Sekadar penuhkan pementasan Diriku tak perlu belas kasihan Bersendiri ku menyepi di sini Jangan kau cuba mendekati Kamu juga pentingkan diri sendiri Yang lemah 'kan mati, gagah berlari Sedar tidak sedar, akulah sisa Dipandang hina tak pernah ku sangka Kais pagi, aku berdosa lagi Fikirku tak mungkin akan berlaku pada ku Temanku...semuanya dikejar, diburu Lambat laun tersungkur juga satu persatu Bila-bila saja masanya 'kan tiba Aku juga mnejadi lelaki diburu Anak kecil masa depan cerah menjadi malap Anak metropolitan ku bersendiri lagi Sebuah kehidupan di metropolitan Anak jalanan juga punya prinsip dan pegangan Inilah dia syarat pertama Jika gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua Beranilah juga tanggung risikonya Aku masih muda, umur dua tiga Jangan kerana mulut badan binasa Dan janganlah kau cuba menyekat dan berinasihat Kerna mungkin kini masanya sudah terlewat Biarku dengan caraku nanti hidup kau juga akan tidak menentu Walaupun apa kau fikirkan Aku masih menaruh sedikit harapan Anak metropolitan tak perlu berdosa lagi All songs contributed by SnF