Hebat sungguh ciptaan Allah Sifat kudrat Nya amat terserlah Hanya pada Nya kita berserah Pada Nya jua mohon maghrifah
Bersyukur selalu pada Ilahi Balasan syukur ditambah lagi Orang bersyukur tak akan rugi
Yakinlah kita kepada Allah Kerana janji Nya tidak berubah Cabaran hidup jangan mengalah
Untuk agama kita berbakti Sesama insan terus berbudi Berkasih sayang jangan berdengki Jagalah maruah dan peribadi